Saya telah memilih Kampung Rantau Panjang sebagai kawasan kajian saya. Rasionalnya ialah kawasan ini terletak barhampiran dengan rumah saya. Oleh itu, ini memudahkan lagi saya untuk menjalankan kajian ini.
Kampung Rantau Panjang terletak di dalam daerah Klang, Selangor. Kampung Rantau Panjang merupakan salah sebuah dari kampung tradisi yang terletak di dalam Mukim Klang, dengan keluasan 298 ekar, ia ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) . Terletak kira-kira 14 KM dari Bandar Klang, Kampung Rantau Panjang telah lama membangun bersama arus pembangunan bandar. Bagi penduduk yang ingin pergi ke Bandaraya Klang hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM2.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Kampung Rantau Panjang, kini lengkap dengan segala kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan awam, bekalan air, elektrik, internet, dan telefon. Bentuk muka bumi di Klang adalah rata dan disempadani oleh sungai. Keadaan begini amat sesuai untuk pertanian. Terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Klang, iaitu Sungai Klang. Sebahagian besar kawasan ini dibangunkan menjadi kawasan pertanian, perdagangan dan perumahan.
Wehh ada peta tak? Kalau ada share yea :D
No comments:
Post a Comment